TAWAU - Tindakan seorang lelaki memandu di bawah pengaruh alkohol menyebabkan kenderaan yang dipandunya hilang kawalan lalu terbabas dan merempuh pintu sebuah premis bank dalam kejadian di Jalan Mahkamah Tawau, di sini pada awal pagi Ahad.
Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, pemandu berusia 25 tahun turut didapati tiada lesen memandu.
Iklan
Iklan
Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, pihaknya menerima maklumat berlaku kemalangan melibatkan sebuah kereta Proton Saga di lokasi tersebut.
"Hasil siasatan mendapati, lelaki tersebut memandu seorang diri dari Bandar Tawau menuju ke rumahnya di Tanjung Batu.
Bagaimanapun Jasmin berkata, kemalangan itu tidak melibatkan sebarang kecederaan tetapi pemandu tersebut telah ditahan untuk siasatan lanjut.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan 2020)," katanya.
Sebelum itu, tular satu video berdurasi lapan saat memaparkan sebuah kenderaan dilihat berada di dalam premis sebuah bank di Tawau.