China perkenal prototaip kereta api terpantas di dunia

Iklan
Prototaip kereta api laju CR450, yang mampu beroperasi pada kelajuan 400 km/j. Foto Xinhua

BEIJING - Prototaip kereta api laju CR450, yang mampu beroperasi pada kelajuan 400 kilometer sejam (km/j), diperkenalkan di Beijing pada Ahad, menurut pengendali kereta api negara itu.

CR450 juga diuji pada kelajuan maksimum 450 km/j, mencerminkan kemajuan terkini China dalam teknologi itu, kata China State Railway Group Co, Ltd (China Railway), lapor Xinhua.