Warga emas mengaku tidak bersalah rogol remaja 19 tahun

Iklan
Seorang warga emas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas pertuduhan merogol seorang remaja perempuan berusia 19 tahun, dua bulan lepas.. Gambar hiasan

KUALA TERENGGANU - Seorang warga emas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas pertuduhan merogol seorang remaja perempuan berusia 19 tahun, dua bulan lepas.

Razali Mamat, 69, didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Kampung Hulu Lerek, Hulu Terengganu, kira-kira jam 9.30 pagi, 28 Oktober lalu.

Iklan
Iklan

Lelaki itu yang tidak bekerja dan kini ditanggung oleh anaknya itu didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga sebatan.

Timbalan Pendakwa Raya, Noradila Ab Latif tidak menawarkan sebarang jaminan selain memohon mahkamah mengenakan syarat tambahan agar tertuduh tidak mengganggu mangsa atau saksi pendakwaan sehingga kes selesai.

Iklan

Bagaimanapun peguam Mohd Shahir Mat Jusoh yang mewakili warga emas itu memohon agar jaminan yang rendah dibenarkan kepada anak guamnya atas faktor kewangan tertuduh.

Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin selain membenarkan syarat tambahan dikemukakan Noradila.

Iklan

Beliau turut mengarahkan Razali melaporkan diri di balai polis terdekat setiap bulan serta menetapkan 23 Januari depan untuk sebutan semula kes. - Bernama