KUALA LUMPUR - Polis memberkas 12 orang termasuk tiga penjawat awam dipercayai ahli kongsi gelap AYT 99 di Kelantan dan Selangor pada 22 dan 23 Januari lalu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, pihaknya turut menahan ketua kumpulan tersebut yang dikenali sebagai Ayah Yie Tiger.