Imam meninggal dunia selepas imamkan solat Maghrib, tahlil di masjid

Iklan
Kejadian dikongsikan pengguna media sosial di Facebook pada Sabtu.

SABAK BERNAM - Imam Masjid Al Mujahiddin Pekan Bagan Terap, Sulaiman Yunan, 77 meninggal dunia selepas mengimamkan solat Maghrib dan tahlil pada Sabtu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Deputi Superintenden Khalid Mohamad berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 8 malam apabila mangsa dilihat dalam keadaan lemah sebelum tiba-tiba tidak sedarkan diri di masjid berkenaan.

Iklan
Iklan

"Mangsa yang duduk dilihat memegang dadanya dan ketika dipangku jemaah sudah tidak sedarkan diri.

"Hasil pemeriksaan ke atas mayat mendapati tiada kesan luka atau lebam serta sebarang unsur jenayah," katanya.

Iklan

Beliau berkata, difahamkan lelaki itu ada mengambil ubat sebelum solat Maghrib.

Ujarnya, mangsa juga mempunyai rekod penyakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan kolesterol selama kira-kira lapan tahun.

Iklan

"Rawatan berkala pula dibuat di Klinik Bagan Terap. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.

Terdahulu, kisah tersebut tular selepas seorang pengguna media sosial, Mashir Shahran berkongsi perkara itu di Facebook beserta beberapa rakaman video kejadian.

Menerusi beberapa video itu dikongsikan keadaan ketika bacaan tahlil sedang berjalan serta keadaan Allahyarham yang sudah terbaring dan telah meninggal dunia.

Jenazah disembahyangkan oleh anaknya sendiri pada Ahad.

Sementara itu, rata-rata pengguna media sosial merakamkan ucapan takziah selain beranggapan ia merupakan kematian yang dicemburui.

"Masya-ALLAH, pengakhiran yang baik. Innalillahi waainna illahiroojiuon Salam takziah buat keluarga Ustaz Sulaiman," komen ditinggalkan Azri Mohd Noh.

"Innalillahi waainna illahiroojiuon.. Allahuakbar. Kematian Husnul Khotimah. Semoga rohnya ditempatkan bersama para Solehin," komen Aminah Zaibani.

Jenazah Allahyarham Sulaiman selamat disembahyangkan serta dikebumikan pada Ahad.