THE HAGUE - Penerbangan KLM KL1204 dari Oslo ke Amsterdam terpaksa melakukan pendaratan cemas di Norway pada malam Sabtu, dengan semua penumpang dan kru dilaporkan selamat, menurut syarikat penerbangan Belanda pada Ahad, lapor Xinhua.
Jurucakap KLM memaklumkan kepada media tempatan bahawa bunyi 'dentuman kuat' kedengaran di dalam kabin sejurus selepas pesawat berlepas.