Sambutan tahun baharu 2025: Empat permit hiburan dikeluarkan di Kelantan

Iklan
Hilmi Abdullah

KOTA BHARU - Sebanyak empat permit hiburan Malam Tahun Baharu 2015 dikeluarkan pihak berkuasa tempatan (PBT) di Kelantan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Kelantan, Hilmi Abdullah berkata, empat permit tersebut ialah di Kota Bharu, Tanah Merah dan Tumpat.

Iklan
Iklan

"Satu permit dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI) sempena Monsoon Food Festival di Asian Village, Tunjong.

"Dua permit dikeluarkan oleh Majlis Daerah Tanah Merah bagi aktiviti dikir barat iaitu di Dataran Muhibbah Taman Barakah dan Jambatan Guillemard,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Iklan

Hilmi berkata, satu lagi permit dikeluarkan Majlis Daerah Tumpat bagi persembahan nyanyian di Wat Machimaram di Kampung Jubakar Darat.

Beliau berkata pihak penganjur yang terlibat diharap sentiasa mematuhi syarat-syarat ditetapkan dan diminta jangan sesekali melanggar syarat permit yang dikeluarkan. - Bernama

Iklan