Hulu Terengganu daerah pertama dilanda banjir, dua PPS dibuka

Iklan
Hulu Terengganu menjadi daerah pertama dilanda banjir. Foto: orang awam

KUALA TERENGGANU - Hulu Terengganu menjadi daerah pertama dilanda banjir pada gelombang ketiga Monsun Timur Laut (MTL) di Terengganu pada Ahad.

Berdasarkan laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu, seramai 48 mangsa daripada 15 keluarga dipindahkan ke dua pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah tersebut.

Iklan
Iklan

Dua PPS yang diaktifkan itu adalah Balairaya Kampung Peneh dan Kampung Lubuk Periuk.

Kesemua PPS tersebut diaktifkan secara berperingkat bermula jam 3 petang Ahad bagi menempatkan kesemua mangsa yang terjejas.

Iklan

Difahamkan pasukan penyelamat antaranya Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berusaha membantu memindahkan mangsa banjir ke lokasi selamat.

Hulu Terengganu menjadi daerah pertama dilanda banjir. Foto: orang awam

Pada Sabtu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di empat negeri bermula hari ini.

Iklan

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan keadaan cuaca itu diramalkan melanda timur dan barat Sabah bermula Sabtu sehingga 30 Disember manakala Kelantan, Terengganu dan Pahang bermula dari Ahad sehingga 31 Disember ini.