Kereta bawa dadah, kabel curi terbabas elak diperiksa polis

Iklan
Kenderaan yang digunakan suspek untuk melarikan diri, namun terbabas di selekoh jalan. Gambar kecil: Peralatan yang disyaki digunakan untuk mencuri kabel.

JELEBU - Tindakan dua lelaki melarikan diri daripada diperiksa polis sia-sia apabila kenderaan dinaiki terbabas di selekoh jalan di kawasan Kampung Ulu Petasih, Kuala Klawang di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Jelebu, Superintenden Azizan Said berkata, kejadian jam 3.45 pagi itu berlaku ketika anggota Task Force Balai Polis Kuala Klawang sedang menjalankan tugas Ronda Cegah Jenayah.

Iklan
Iklan

"Sebuah kereta jenis Proton Iswara dinaiki dua lelaki berusia 20 dan 40 tahun dilihat berada dalam keadaan mencurigakan sebelum bertindak melarikan diri, namun selepas kira-kira empat kilometer kenderaan mereka terbabas.

"Pemeriksaan ke atas kenderaan yang dinaiki suspek menemui satu gulung kabel yang telah dipotong serta peralatan yang disyaki digunakan untuk mencuri kabel.

Iklan
Turut dirampas paket lutsinar dipercayai mengandungi dadah jenis syabu kira-kira 5.4 gram.

"Turut dirampas peket lut sinar dipercayai mengandungi dadah jenis syabu kira-kira 5.4 gram," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Ujarnya, siasatan awal ke atas kedua-dua suspek mendedahkan kabel tersebut milik Telekom Malaysia yang dicuri di Jalan Kuala Pah, Peradong dekat sini.

Iklan

"Suspek kini direman sehingga esok bagi melengkapkan siasatan kes dibawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan / 279 Kanun Keseksaan dan Sek 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 / Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Jika sabit kesalahan dibawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan boleh dihukum penjara selama tempoh yang boleh sampai tujuh tahun, atau denda, atau penjara dan denda.

"Manakala bagi kesalahan dibawah Sek39A(1) Akta Dadah Berbahaya boleh dihukum dua tahun penjara berat serta tidak kurang tiga kali dan tidak melebihi selama tempoh tidak melebihi sembilan kali sebatan rotan," katanya.