Nahas Jeju Air: Anwar ucap takziah

Iklan
Anwar Ibrahim (kiri), Pesawat Jeju Air yang membawa 175 penumpang, termasuk 173 rakyat Korea Selatan dan dua warga Thailand serta enam kru terhempas ketika cuba mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan. Foto Xinhua

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluahkan rasa sedih dengan kemalangan tragis pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan, Korea Selatan.

Dalam ucapan takziah kepada semua terjejas, Anwar berkata, Malaysia berdiri dalam solidariti dengan rakyat Korea Selatan dan Thailand pada masa kesedihan ini.

Iklan
Iklan

"Fikiran saya bersama keluarga dan orang tersayang mereka yang kehilangan nyawa dalam tragedi menyayat hati ini. Kami mengucapkan takziah kepada semua yang telah terjejas.

"Pada saat ramai di antara kita berkumpul dengan keluarga dan rakan-rakan, merenung tahun ini dan menghargai orang yang kita sayangi.

Iklan

"Kehilangan yang dahsyat ini menjadi peringatan yang nyata tentang betapa berharga dan rapuhnya kehidupan. Mari kita luangkan sedikit masa untuk menghargai orang di sekeliling kita," katanya menerusi Facebook pada Ahad.

Sebelum ini, pesawat Jeju Air yang membawa 175 penumpang, termasuk 173 rakyat Korea Selatan dan dua warga Thailand serta enam kru terhempas ketika cuba mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan, kira-kira 290 kilometer barat daya ibu negara Seoul, sekitar 9.07 pagi waktu tempatan (0007 GMT) pada Ahad.

Iklan