Dua lelaki gaduh di kedai makan bukan sebab isu perkauman - Polis

Iklan
Suspek dipercayai memukul mangsa berkali-kali di bahagian badan dan kepala dalam pergaduhan tersebut.

BUKIT MERTAJAM - Insiden pergaduhan antara dua lelaki di sebuah kedai makan di Machang Bubok di sini dalam kejadian pada 27 Disember lalu bukan disebabkan isu perkauman.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Helmi Aris berkata, hasil siasatan mendapati punca pergaduhan tersebut adalah disebabkan isu peribadi.

Iklan
Iklan

Menurutnya, polis sudah menahan suspek yang berusia 36 tahun dan direman sehingga 30 Disember ini.

"Dalam kejadian tersebut, suspek telah menumbuk muka dan memukul kepala mangsa yang berusia 33 tahun menggunakan penutup tong sampah.

Iklan

"Punca kejadian bukan disebabkan isu perkauman sebaliknya ia berkaitan isu peribadi.

"Bagaimanapun, siasatan lanjut sedang dijalankan," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Iklan

Mengulas lanjut, Helmi berkata, klip video kejadian tersebut berdurasi 1 minit 36 saat itu dikesan di laman Facebook bernama Pertiga Malaysia pada jam 10 pagi, Ahad.

"Setelah siasatan dijalankan, kejadian berlaku pada jam 2.45 pagi, Jumaat lalu di sebuah kedai malam di Machang Bubok. Susulan daripada itu, kita menerima laporan dan kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 324/506 Kanun Keseksaan.

"Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menggugat keselamatan awam dan harta benda," tambahnya.

Sebelum ini, tular satu klip video memaparkan dua lelaki sedang bergaduh di sebuah kedai makan yang mana ketika itu, terdapat beberapa pelanggan sedang berada di kedai tersebut.

Menerusi video berkenaan, suspek telah berkali-kali memukul mangsa di bahagian badan dan kepala menggunakan tangan serta penutup tong sampah.