ISTANBUL - Azerbaijan pada Ahad meminta Rusia mengakui kesalahan, menghukum mereka yang bertanggungjawab dan membayar pampasan berikutan nahas pesawat penumpang negara itu di Kazakhstan, lapor Agensi Anadolu (AA).
Bercakap kepada pemberita di Baku, Presiden Ilham Aliyev mengesahkan bahawa pesawat Azerbaijan Airlines (AZAL) yang terhempas berhampiran bandar Aktau, Kazakhstan rosak teruk akibat tembakan dari darat dan hampir hilang kawalan disebabkan peperangan elektronik.