ABU DHABI - Sebuah pesawat ringan milik Jazirah Aviation Club terhempas ke dalam laut di luar pantai Ras Al Khaimah, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Ahad, mengakibatkan kematian juruterbang dan pembantunya, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam AM (GCAA) menyatakan bahawa Bahagian Siasatan Kemalangan Udara telah menerima laporan berhubung kejadian itu dan pasukan kerja bersama pihak berkuasa berkaitan sedang meneruskan siasatan bagi mengenal pasti punca kemalangan.
GCAA turut merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada keluarga serta saudara-mara kedua-dua mangsa. - Bernama