Mahu majukan pelancongan di Seberang Takir
Iklan
KHAZAN Che Mat bukanlah nama asing di negeri ini apabila dianggap sebagai giant killer kerana berjaya menumbangkan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Razif Abd Rahman daripada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Terengganu tahun lalu dengan majoriti 2,797 undi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir.
Sejak bergelar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di kawasan tersebut, Khazan berusaha memastikan isu yang berlaku antaranya masalah banjir selain melihat Seberang Takir berpotensi untuk dibangunkan sebagai kawasan tumpuan pelancong.