Kahwinkan bukan penyelesaian terbaik
Iklan
SHAH ALAM - Tindakan mengahwinkan remaja terlanjur dengan pasangan untuk untuk menutup malu bukan jalan penyelesaian terbaik.
Penolong Profesor di Jabatan Psikologi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Intan Aidura Alias berkata, keputusan itu mungkin menimbulkan tekanan atau masalah lain seperti ketidakmampuan menjaga anak, yang akhirnya boleh mendorong kepada tindakan pembuangan bayi.