Sekumpulan individu berzikir pelik di kubur disiasat

Iklan
Laporan muka depan Sinar Harian pada Isnin mengenai isu zikir pelik di tanah perkuburan.

TULAR satu rakaman video sekumpulan individu yang didakwa melakukan aktiviti mencurigakan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Taman Ibukota, Kuala Lumpur.

Video berdurasi 23 saat itu memaparkan sekumpulan individu memakai pakaian serba putih sedang berzikir di salah sebuah pusara sehingga menyebabkan orang ramai berasa pelik seolah-olah terdapat ritual pemujaan.

Iklan
Iklan

Rakaman video tersebut pada mulanya dimuat naik oleh pengguna Facebook yang meluahkan kerisauan apabila melihat sekumpulan individu melakukan aktiviti mencurigakan di tanah perkuburan itu.

Bagaimanapun, rakaman video berkenaan sudah dipadamkan oleh pemilik Facebook terbabit, namun ia tular dan mendapat pelbagai maklum balas dalaman kalangan warganet.

Iklan

Penduduk setempat juga mendakwa kejadian seumpama itu adalah kali pertama berlaku di tanah perkuburan berkenaan.

Ujarnya, sebelum ini dia tidak pernah mendengar sebarang perbuatan mencurigakan di tanah perkuburan tersebut.

Iklan

Sehubungan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar mengarahkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) melakukan siasatan terperinci berhubung perhimpunan sekumpulan individu di tanah perkuburan berkenaan.

Menurutnya, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) tidak akan berkompromi dengan mana-mana perlakuan dan amalan yang jelas bercanggah dengan ajaran Islam.

Dalam pada itu, Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Mohd Sukki Othman berkata, perbuatan berzikir dengan kuat di pusara bukan sahaja mencemarkan adab di tanah perkuburan, malah boleh menjurus kepada amalan bidaah.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian berkenaan yang dibuat berdasarkan satu video tular dan perbuatan tersebut dipercayai berlaku pada jam 10.05 pagi Sabtu lalu.

Justeru, semua pihak usahlah membuat sebarang spekulasi terhadap kejadian tersebut sebaliknya menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan.

Biarkan Jawi bertindak melakukan siasatan dan langkah selanjutnya.