Penduduk lali banjir makin memburuk
Iklan
BERDEPAN kerugian ribuan ringgit setiap kali banjir melanda membuatkan sebahagian besar penduduk di Kampung Bendang Perol, Rantau Panjang di sini memilih untuk tidak membeli perabot atau hiasan rumah sejak beberapa tahun lalu.
Seorang suri rumah, Nurul Atikah Rashid, 24, berkata, saban tahun rumahnya yang terletak bersebelahan dengan Sungai Golok, Thailand dinaiki air sehingga tiga kali apabila musim bencana alam itu melanda.