Penunggang motosikal maut langgar lembu

Iklan
Keadaan motosikal mangsa selepas dipercayai terlanggar lembu di Jalan Tenggaroh-Tanjung Leman malam tadi. - Foto sumber Facebook

MERSING - Seorang penunggang motosikal maut dipercayai terlanggar lembu di Jalan Tenggaroh-Tanjung Leman di sini kira-kira jam 9.58 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Cyril Edward Nuing berkata, penunggang lelaki berusia 20 tahun itu dalam perjalanan dari arah Felda Tenggaroh 3 menuju ke Felda Tenggaroh 2.

Iklan
Iklan

"Semasa melalui lokasi kejadian, mangsa dipercayai terlanggar lembu menyebabkan motosikal ditunggang hilang kawalan dan terbabas ke bahu kanan jalan.

"Mangsa yang berasal dari Jemaluang, Mersing dirujuk ke Klinik Kesihatan Felda Tenggaroh 2 dan disahkan meninggal dunia di klinik terbabit," katanya.

Iklan
Netizen menyelar sikap penternak lembu yang didakwa lepas tangan membiarkan lembu berkeliaran hingga mengakibatkan kemalangan.

Menurutnya, siasatan lanjut kes berkenaan dilakukan mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Terdahulu, tular gambar kemalangan tersebut di media sosial sejak malam tadi hingga mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Iklan

Kebanyakannya menyelar sikap penternak lembu yang didakwa lepas tangan membiarkan lembu berkeliaran di jalan raya di Gugusan Felda Tenggaroh.