KUALA LUMPUR - Pihak pengurusan Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah, Taman Ibukota di sini meminta semua pihak menunggu hasil siasatan polis berhubung aktiviti mencurigakan yang didakwa berlaku di tanah perkuburan berkenaan.
Wakil pihak pengurusan yang enggan namanya disiarkan berkata, perkara tersebut sudah berada di bawah pengetahuan pihak berkuasa agama dan polis susulan tular satu video di laman media sosial pada Sabtu.