Penghutang, saksi luka kapitalisme
Iklan
PADA 8 Mac 2016, Jerome Rogers, seorang pekerja kurier berusia 20 tahun ditemui mati bunuh diri berhampiran rumah zaman kanak-kanaknya di London Selatan. Jerome tak pernah ada sejarah sakit mental atau tekanan.
Keputusan bunuh diri yang dibuat katanya bermula empat bulan sebelum kematiannya apabila dia tak mampu membayar denda lalu lintas yang hanya berjumlah £65. Tapi kerana gagal bayar, denda itu berganda menjadi lebih £1,000.