KAHERAH - Seorang pelancong maut dan seorang lagi cedera dalam serangan ikan yu di pusat peranginan Laut Merah Mesir di Marsa Alam, kata Kementerian Alam Sekitar pada Ahad, lapor Xinhua.
Kementerian Alam Sekitar dalam satu kenyataan berkata, kedua-dua mangsa adalah warga asing, namun kewarganegaraan mereka tidak didedahkan.