Manchester City temui semula rentak kemenangan

Iklan
Haaland antara penyumbang gol buat Manchester City di Stadium King Power. Foto Agensi

PENYANDANG juara Manchester City kembali menemui rentak kemenangan selepas mengatasi Leicester City, 2-0 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) yang berlangsung di Stadium King Power.

Dua jaringan setiap babak yang dijelmakan Savinho (m-21) dan Erling Haaland (m-74) mengesahkan kemenangan pertama City dalam lima perlawanan liga dan kedua dalam 14 perlawanan semua pertandingan musim ini.

Iklan
Iklan

Tiga mata diraih The Citizens bimbingan Pep Guardiola itu membolehkan penyandang juara empat kali berturut-turut itu berada di tangga kelima dengan mengumpul 31 mata selepas mengharungi 19 perlawanan.

Prestasi semasa City itu menyaksikan buat pertama kali gergasi England tersebut menamatkan tahun ini di luar kelompok empat teratas dan 15 mata di belakang pendahulu Liverpool sekali gus samar-samar untuk memenangi kejuaraan kelima berturut-turut.

Iklan

Savinho menjaringkan gol pertamanya untuk City selepas melepaskan rembatan dari sudut sempit setelah percubaan Phil Foden ditepis penjaga gol Leicester, Jakub Stolarczyk.

Foxes kendalian Ruud van Nistelrooy kemudian bangkit mencipta banyak peluang untuk menyamakan kedudukan, namun tandukan Haaland hasil hantaran lintang Savinho pada lewat permainan mengesahkan tiga mata seterusnya melonjakkan City ke tangga kelima dengan 31 daripada 19 perlawanan, empat di belakang Chelsea.

Iklan

Nottingham Forest pula naik ke tangga kedua EPL selepas meraih kemenangan 2-0 ke atas Everton di Stadium Goodison Park.

Kemenangan itu melebarkan rentak lima kemenangan liga berturut-turut hasil jaringan minit ke-15 Chris Wood, gol ke-11 dalam liga musim ini, diikuti sentuhan Morgan Gibbs-White (m-61) untuk keluar dari Goodison Park, sebagai pemenang.

Kemenangan itu memberikan Forest, yang berjuang menentang penyingkiran untuk sebahagian besar musim lalu, 37 mata selepas 19 perlawanan - lapan mata di belakang pendahulu Liverpool, yang menang besar 5-0 ke atas West Ham United di Stadium Olimpik London.