SEOUL - Sebuah pesawat penumpang Korea Selatan terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Gimpo pada Isnin akibat masalah gear pendaratan, sehari selepas insiden serupa yang menyebabkan nahas pesawat semasa mendarat, lapor agensi berita Yonhap seperti dipetik Xinhua.
Pesawat Jeju Air penerbangan 7C101 dengan 161 penumpang berlepas dari Gimpo pada 6.37 pagi waktu tempatan (2137 GMT Ahad) menuju ke pulau peranginan Jeju.