JOHOR BAHRU - Seorang kanak-kanak perempuan berusia 2 tahun terperangkap dalam kenderaan pelbagai guna jenis Toyota Avanza berjaya diselamatkan pasukan bomba dan penyelamat di Taman Dahlia di sini pagi tadi.
Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Raazak Saat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.16 pagi dan menggerakkan enam anggota bersama satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dan tiga unit Bermotor Bomba (RIM).