Dua kotak hitam pesawat Jeju Air berjaya ditemui

Iklan
Antara ratusan waris keluarga mangsa penumpang yang menunggu di lapangan terbang tersebut. Foto Agensi

SEOUL - Kedua-dua kotak hitam iaitu perakam data penerbangan dan perakam suara kokpit pesawat penerbangan 7C 2216 telah ditemui, menurut Timbalan Menteri Pengangkutan, Joo Jong-wan pada Ahad.

Penemuan itu dibuat ketika operasi mencari dan menyelamat (SAR) giat dilancarkan di lokasi nahas berkenaan.

Iklan
Iklan

Kementerian Pengangkutan bagaimanapun berkata, bahagian luar perakam data penerbangan itu mengalami sedikit kerosakan.

Menurutnya, masih tidak dapat dipastikan sama ada simpanan data cukup utuh untuk dianalisis dan proses tersebut dikatakan mengambil masa lebih sebulan.

Iklan

Dalam perkembangan berkaitan, pemangku Presiden, Choi Sang-mok mengarahkan pemeriksaan khas ke atas seluruh Boeing 737-800 yang beroperasi di bawah syarikat penerbangan di negara itu.

"Kira-kira 101 buah sedang aktif digunakan di Seoul. Langkah pemeriksaan ini bertujuan untuk mengelakkan kemalangan berulang,” katanya.

Iklan

Sementara itu, Lapangan Terbang Antarabangsa Muan kekal ditutup hingga Rabu manakala lapangan terbang lain termasuk Incheon terus beroperasi seperti dijadualkan. - Agensi