Ringgit kekal stabil untuk ditutup tinggi berbanding dolar AS

Iklan
Pada jam 6 petang, ringgit menokok kepada 4.4645/4700 berbanding dolar AS daripada 4.4680/4750 semasa ditutup pada Jumaat.. Gambar hiasan

RINGGIT kekal stabil untuk ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS pada Isnin walaupun dolar AS mengukuh, dipacu oleh hasil bon Amerika Syarikat (AS) yang meningkat.

Pada jam 6 petang, ringgit menokok kepada 4.4645/4700 berbanding dolar AS daripada 4.4680/4750 semasa ditutup pada Jumaat.

Iklan
Iklan

Hasil Perbendaharaan 10 tahun AS menghampiri paras tertinggi dalam tempoh lapan bulan pada 4.631 peratus.

Rakan Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata prospek mata wang tempatan adalah tidak menentu buat masa ini.

Iklan

"Wujud ketidakpastian mengenai dasar perdagangan Amerika dan pendirian Rizab Persekutuan (Fed) AS untuk 2025. Sebahagian besar hala tuju (monetari) Fed akan bergantung kepada rangka kerja dasar pentadbiran Rumah Putih yang seterusnya," katanya kepada Bernama.

Ringgit ditutup kebanyakannya lebih rendah berbanding mata wang utama lain.

Iklan

Mata wang tempatan mengukuh berbanding yen Jepun kepada 2.8278/8314 daripada 2.8300/8346 pada Jumaat lepas tetapi menyusut berbanding pound Britain kepada 5.6146/6215 daripada 5.5904/5991 dan rendah berbanding euro kepada 4.6583/6640 daripada 4.6543/6616.

Ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.

Ia merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.2890/2935 daripada 3.2846/2900 semasa ditutup sebelumnya dan rendah berbanding rupiah Indonesia kepada 276.5/277.0 daripada 275.4/276.1.

Bagaimanapun, ringgit mengukuh berbanding baht Thailand kepada 13.0905/1139 daripada 13.1023/1289 dan menokok berbanding peso Filipina kepada 7.70/7.72 daripada 7.72/7.74 sebelumnya. - Bernama