[KRONOLOGI] Nahas pesawat sejak 25 Disember

Iklan
Insiden nahas beberapa pesawat yang berlaku sejak 25 Disember lalu.

[KRONOLOGI]

BERIKUT adalah kronologi nahas beberapa pesawat yang berlaku sejak 25 Disember lalu.

Iklan
Iklan

Azerbaijan Airlines (Penerbangan 8243)

[25 Disember 2024] - Sebuah pesawat penumpang milik Azerbaijan Airlines yang dalam penerbangan dari Baku ke Grozny terhempas di lapangan terbang Aktau.

Iklan

Pesawat berkenaan ditemukan sedang terbakar sebaik pasukan penyelamat tiba di lokasi nahas.

Terdapat 67 orang di dalam pesawat - 62 penumpang dan lima anak kapal.

Iklan

Nahas pesawat itu meragut 38 nyawa manakala 29 selamat.


KLM (Penerbangan KL 1204)

[28 Disember 2024] - Penerbangan KLM KL1204 dari Oslo ke Amsterdam terpaksa melakukan pendaratan cemas di Norway dengan semua penumpang dan kru dilaporkan selamat.

Jurucakap KLM memaklumkan kepada media tempatan bahawa bunyi 'dentuman kuat' kedengaran di dalam kabin sejurus selepas pesawat berlepas.

Pesawat mendarat dengan selamat namun tergelincir dari landasan pada kelajuan rendah sebelum berhenti di kawasan berumput di tepi landasan.

Polis Norway mengesahkan bahawa pesawat itu membawa 176 penumpang dan enam kru, semuanya berjaya dipindahkan dengan selamat.


Air Canada (Penerbangan AC225)

[28 Disember 2024] - Sebuah pesawat penerbangan Air Canada AC2259 tergelincir dari landasan dan sebahagian fiuslajnya terbakar ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Halifax Stanfield di Nova Scotia, Kanada

Media antarabangsa melaporkan kejadian berlaku akibat gear pendaratan yang tidak berfungsi, menyebabkan pesawat itu terbabas dan terbakar.

Penerbangan itu berlepas dari St John membawa 80 penumpang. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Sebagai langkah berjaga-jaga, lapangan terbang itu ditutup buat sementara waktu.


Jeju Air (Penerbangan 7C 2216)

[29 Disember 2024] - Sebuah pesawat yang membawa 181 orang terbakar selepas tergelincir dari landasan dan merempuh tembok pagar di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan, di barat daya Korea Selatan.

Pihak berkuasa mengesahkan bahawa kesemua mangsa dipercayai maut kecuali dua orang.

Kejadian berlaku sekitar 9.07 pagi ketika pesawat Jeju Air cuba melakukan pendaratan cemas, namun gagal hingga merempuh tembok pagar di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan, yang terletak kira-kira 288 kilometer di barat daya Seoul.