Rezeki patin 4.265kg dinobat juara Cabaran Tasik MAEPS

Iklan
Sahidan (dua dari kanan) bersama pemenang pertandingan memancing Cuti-Cuti Malaysia Cabaran Tasik Maeps pada Ahad.

SERDANG - Pemuda dari Selangor, Mohd Alif Rahman Osman muncul juara pertandingan memancing Cuti-Cuti Malaysia Cabaran Tasik Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini pada Ahad apabila berjaya menaikkan ikan patin seberat 4.265 kilogram (kg).

Mohd Alif, 27, menewaskan Shahglam Abd Hamid, 45, dari Johor yang menaikkan ikan spesies sama seberat 4.18kg, sementara itu, Mohd Fazrul Selamat, 38, juga dari Selangor yang menjinakkan ikan patin 4.135kg merangkul tempat ketiga.

Iklan
Iklan

Mohd Alif membawa pulang RM10,000, manakala Shahglam berpuas hati dengan RM3,000 dan Mohd Fazrul memenangi RM1,000.

Hadiah kepada kesemua pemenang disampaikan oleh Pengurus Acara Joran Unggul Event Management, Sahidan Yahya.

Iklan
Ikan patin yang dipancing peserta dilepaskan semula ke tasik selepas pertandingan berakhir.

Pertandingan yang diadakan dalam keadaan geombang kedua banjir itu menyaksikan lebih 400 peserta mengambil bahagian dari beberapa negeri termasuk Selangor, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perak dan Pahang.

Sahidan berkata, spesies ikan patin mendominasi pertandingan memancing Cuti-Cuti Malaysia Cabaran Tasik MAEPS apabila memonopoli hampir 50 peratus senarai pemenang.

Iklan

Beliau berkata, berikutan musim hujan keadaan tasik agak keruh dan ia menyukarkan peserta untuk menjinakkan pelbagai spesies ikan di tasik berkenaan.

Sebahagian daripada peserta yang mengambil bahagian dalam pertandingan memancing Cuti-Cuti Malaysia Cabaran Tasik MAEPS 2024.

"Hujan hampir sepanjang hari pada Sabtu ketika kaunter pendaftaran dibuka dan ia sedikit sebanyak menjejaskan kehadiran peserta. Malah akibat air yang terlalu keruh, hasil tangkapan pun tidak seperti yang dijangkakan,’’ katanya.

Menurutnya, beliau yakin jika air tidak keruh, spesies ikan seperti tapah, temoleh, rohu dan jelawat pasti akan menjadi spesies dominan yang dipancing oleh peserta.