SHAH ALAM - Kerajaan diminta memperkukuhkan institusi demokrasi melalui pelbagai inisiatif dan meluluskan Akta Pendanaan Politik pada 2025.
Pakar perlembagaan dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Profesor Madya Dr Muhammad Fathi Yusof berkata, Kerajaan Madani juga mesti menunaikan segala janji tertangguh untuk merealisasikan peraturan yang mampu mengawal perbelanjaan, pendapatan atau sumbangan melibatkan parti politik itu.