Pinda Perlembagaan FAM untuk masukkan CEO agar lebih profesional

Iklan
Laporan Sukan Sinar pada Ahad. Gambar kecil: Zhafri Aminurashid

SARANAN supaya diwujudkan jawatan ketua pegawai eksekutif (CEO) dalam Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) disifatkan dapat menjadikan badan induk itu dioperasikan secara lebih profesional pada masa depan.

Malah, peguam undang-undang sukan, Zhafri Aminurashid juga percaya pengambilan CEO juga akan mengurangkan campur tangan politik dalam pengurusan organisasi kerana pengurusan sukan di negara ini masih bersifat berpersatuan.

Iklan
Iklan

"Banyak organisasi bola sepak luar negara yang melantik CEO dalam mengendalikan operasi mereka seperti Australia, Jerman, Wales, malah yang paling hampir dengan kita adalah Filipina.

"Asasnya nak ubah boleh, cuma selepas pinda Perlembagaan FAM kerana sekiranya tidak, tiada punca kuasa untuk pelantikan tersebut.

Iklan

"Kerana semua FA (persatuan bolasepak) yang ada jawatan CEO dalam pengurusan bolasepak mereka adalah merupakan limited company. Di Malaysia boleh ambil contoh MFL (Liga Bolasepak Malaysia) dan AFL (Liga Bolasepak Amatur),” katanya kepada Sukan Sinar pada Ahad.

Sukan Sinar sebelum ini melaporkan saranan penganalisis sukan tempatan Afizal Abu Othman supaya FAM mewujudkan jawatan CEO supaya selari dengan revolusi yang melanda sukan berkenaan ketika ini.

Iklan

Malah, Pesuruhjaya Sukan (PJS), Suhardi Alias ketika diminta mengulas saranan berkenaan mengakui sememangnya persatuan sukan kebangsaan boleh mewujudkan jawatan bergaji seperti pengurus besar dalam persatuan sekiranya terdapat peruntukan tersebut dalam perlembagaan masing-masing.

"Persatuan sukan kebangsaan seperti Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM) dan Kongres Tenpin Boling Malaysia (MTBC), antara yang menggunakan pendekatan ini.

"Bagaimanapun ianya juga harus mengambilkira kemampuan kewangan persatuan untuk membiayai perkara tersebut, dan seterusnya meletakkan KPI (petunjuk prestasi utama) yang bersesuaian dengan matlamat pelan strategik masing-masing,” katanya.