Konsep bandar span boleh dipertimbang tangani banjir
Iklan
KONSEP bandar span iaitu mewujudkan kawasan semula jadi yang banyak seperti pokok, tasik dan pelbagai reka bentuk baik bagi tujuan untuk menyerap hujan dan banjir mungkin antara syor boleh dipertimbangkan dalam menangani kekerapan bencana alam itu daripada melanda negara.
Pensyarah Kanan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia dan Proses Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Dr Azizul Helmi Sofian berkata, melalui kaedah itu, alam sekitar digunakan untuk menyerap, membersih dan menggunakan air tersebut semula, sekali gus dapat mewujudkan pembangunan lebih lestari.