Tahun 2024 mencatatkan satu lagi era cemerlang bagi Negeri Pahang, di bawah kepimpinan bijaksana Menteri Besar, YAB Dato’ Sri Diraja Wan Rosdy Wan Ismail sepanjang selepas mentadbir urus negeri itu hampir dua penggal.
Dengan tema Pahang Prihatin, Rakyat Makmur, Belanjawan Negeri Pahang 2024 menjadi manifestasi kepada kejayaan kerajaan negeri dalam membangunkan ekonomi dan meningkatkan kesejahteraan rakyat.
Kejayaan pentadbiran Kerajaan Negeri Pahang terserlah apabila kutipan hasil negeri telah mencecah RM1.179 bilion melebihi sasaran asal sebanyak RM1.137 bilion setakat 16 Disember 2024.
Pencapaian luar biasa ini menjadikan tahun 2024 sebagai tahun ketiga berturut-turut Pahang berjaya merekodkan kutipan hasil melebihi RM1 bilion sejak tahun 2022.
Alhamdulillah, jumlah hasil ini sudah cukup membuktikan kecekapan dan keberkesanan pengurusan kewangan negeri sehingga mampu meraih kutipan berbilion ringgit.
Dalam sektor ekonomi, negeri Pahang menunjukkan prestasi yang luar biasa dengan pertumbuhan sebanyak 5.2 peratus pada tahun lalu mengatasi kadar pertumbuhan nasional yang hanya 3.6 peratus.
Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) negeri Pahang telah meningkat kepada RM64.9 bilion berbanding RM61.7 bilion pada tahun 2022.
Pencapaian ini turut disertai dengan pelaburan komited sebanyak RM16.1 bilion yang berjaya dibawa masuk pada tahun 2023 menggambarkan keyakinan pelabur terhadap potensi dan kestabilan ekonomi Pahang.
Lebih membanggakan apabila Kerajaan Negeri Pahang mendapat pengiktirafan dengan memperoleh Sijil Ketua Audit Negara yang menunjukkan Pendapat Tanpa Teguran bagi Penyata Kewangan 2023. Ini membuktikan komitmen kerajaan dalam menjalankan urus tadbir yang telus dan berintegriti sehingga mendapat pengiktirafan tersebut.
Empat kluster utama

Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy beramah mesra bersama peserta mesra bersama peserta The Best Of Us Majlis Hi-Tea Program Jaminan Kerjaya Empowerment De Tea Logue yang diadakan di Kuala Lumpur pada Disember.