Himpunan aman: Mahasiswa mula berarak dari UMS ke Menara Kinabalu

Iklan
Polis trafik melakukan kawalan trafik di simpang masuk DBP menghala ke Menara Kinabalu.

KOTA KINABALU - Sekumpulan individu dipercayai mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS) dilihat sedang berarak dari pintu gerbang universiti tersebut menuju ke arah Menara Kinabalu ketika ini.

Mereka dilihat berjalan kaki untuk ke Menara Kinabalu yang terletak sejauh dua kilometer dari UMS.

Iklan
Iklan

Perarakan kumpulan mahasiswa sambil melaungkan beberapa perkataan termasuk, bangkit, anak muda, rakyat Sabah, turun koruptor dan mati koruptor.

Mereka juga dilihat sambil membawa plakad dan sepanduk ke arah Menara Kinabalu.

Iklan

Setakat ini, kawalan trafik di simpang masuk dari Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah dilakukan oleh polis trafik.

Iklan