Ketua Pemuda MCA Sembrong digugur ahli majlis selepas sertai Bersatu

Iklan
Yew Chin (kanan) memakai baju-T Bersatu di samping Ketua Sayap Hal Ehwal Bukan Melayu Bersatu, Dr Chong Fatt Full dipercayai menyerahkan surat permohonan menyertai parti itu.

JOHOR BAHRU - Gesaan MCA agar bekas Ketua Pemuda MCA Bahagian Sembrong, Eugene Lim Yew Chin digugurkan sebagai Ahli Majlis Perbandaran Kluang akan dibawa ke dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) Johor pada minggu depan.

Ketua Pemuda MCA yang juga Exco Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Ling Tian Soon berkata, tindakan itu diambil susulan pemecatan Yew Chin sebagai Ketua Pemuda MCA Bahagian Sembrong.

Iklan
Iklan

"Saya sudah terima surat rasmi daripada MCA dan akan bawa ke MMK akan datang untuk perhatian dan tindakan segera," katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Tian Soon yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Yong Peng berkata, parti cukup kecewa dengan tindakan dilakukan Yew Chin.

Iklan

Bagaimanapun jelasnya, Pemuda MCA negeri tidak terjejas dengan tindakan tersebut kerana jawatan terbabit akan dipangku oleh timbalan Ketua Pemuda MCA Sembrong.

"Mengikut perlembagaan parti sekiranya ketua pemuda letak jawatan, timbalan ketua pemuda akan pangku jawatan tersebut.

Iklan

"Pemuda MCA dan parti khususnya di Johor tidak terjejas. Saya yakin 24 Ketua Pemuda MCA Bahagian di Johor tetap setia bersama parti," katanya.

Dalam pada itu, Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong mengesahkan sudah memecat Ketua Pemuda MCA Sembrong, Eugene Lim Yew Chin, yang menyertai Bersatu, baru-baru ini.

"Saya sahkan Yew Chin sudah dipecat dari MCA. Kedudukan beliau sebagai Ahli Majlis MPK juga akan tergugur," katanya ringkas ketika dihubungi.

Pada Ahad, Setiausaha Agung MCA, Chong Sin Woon dilaporkan menggesa kerajaan Johor menggugurkan Yew Chin sebagai Ahli Majlis susulan tindakannya menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia ( Bersatu).

Sin Woon dilaporkan berkata, MCA memecat Ketua Pemuda MCA Bahagian Sembrong itu susulan beliau menyertai Bersatu tanpa memaklumkan kepada parti itu terlebih dahulu.

MCA turut dilaporkan berkongsi gambar Yew Chin memakai baju-T Bersatu di samping Ketua Sayap Hal Ehwal Bukan Melayu Bersatu Dr Chong Fatt Full, dipercayai menyerahkan surat permohonan menyertai parti itu.