Zikir pelik di kubur: Jangan buat spekulasi, serah pada pihak berkuasa

Iklan
Sekumpulan individu didakwa melakukan aktiviti mencurigakan di sebuah tanah perkuburan di Danau Kota, di sini menjadi tular di media sosial pada Sabtu.

SHAH ALAM - Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan (JMWP) menasihati masyarakat agar tidak tergesa-gesa membuat spekulasi berhubung sekumpulan individu berzikir secara janggal dan kuat di tanah perkuburan Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur.

JMWP dalam satu kenyataan menerusi laman Facebook memaklumkan, perkara itu sebaiknya diserahkan kepada pihak penguatkuasaan untuk melakukan siasatan.

Iklan
Iklan

"Bagaimanapun, secara asasnya bagi mereka yang menziarahi tanah perkuburan perlu menjaga adab ketika berada kawasan tersebut.

"Kita juga tidak boleh melakukan sesuatu perkara atau amalan yang mendatangkan kekeliruan dan fitnah," katanya pada Selasa.

Iklan

Antara adab menziarahi kubur yang dikongsikan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan adalah berpakaian menutup aurat, digalakkan berada dalam keadaan berwuduk dan disunatkan membaca ayat-ayat suci al-Quran serta menghadiahkan pahalanya kepada si mati.

Selain itu, umat Islam sama ada petugas, waris atau orang yang berziarah disunatkan berdoa kepada si mati menghadap ke arah kiblat, digalakkan menyebut kebaikan si mati dan bukan keburukannya serta wanita dibolehkan menziarahi kubur, jika tidak mendatangkan fitnah.

Iklan

Sebelum ini, tular satu video berdurasi 23 saat memaparkan sekumpulan individu berzikir secara pelik, kuat dan duduk mengelilingi pusara di sebuah kawasan perkuburan.