'Kamu siapa nak arahkan UMNO?' - Dr Akmal Saleh

Iklan
Dr Muhammad Akmal Saleh

SHAH ALAM - Pemuda UMNO mempersoal tindakan Pengerusi DAP, Lim Guan Eng yang membidas parti berkenaan kerana bersama Pas dalam bersolidariti untuk bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketuanya, Datuk Dr Muhammad Akmal Saleh menegaskan bahawa perhimpunan yang bakal diadakan pada 6 Januari depan tiada kaitan dengan Kerajaan Perpaduan.

Iklan
Iklan

"Himpunan ini hanyalah untuk solidariti Najib Razak. Ini bukan seperti himpunan Bersih (Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang kamu buat sampai huru-hara... terbalik kereta.

"Saya nak bagitahu juga kepada Lim Guan Eng, kamu siapa nak bidas UMNO? Kamu siapa nak arahkan UMNO?

Iklan

"Lagi kuat kamu bidas UMNO, saya janji... lagi ramai yang akan berhimpun pada 6 Januari ini,” katanya menerusi satu hantaran video di laman sosial, Facebook pada Selasa.

Lim Guan Eng

Sebelum ini, Guan Eng mengingatkan UMNO bahawa sebarang program bersama dengan parti pembangkang, Pas akan menimbulkan keraguan mengenai kestabilan politik dan kedudukan parti itu dalam Kerajaan Perpaduan.

Iklan

Menurutnya, ia termasuk perhimpunan solidariti atau demonstrasi.

Jelas beliau, parti yang diterajui Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi itu mesti sedar bahawa sebarang program bersama pembangkang akan menimbulkan keraguan mengenai kestabilan politik dan kedudukan UMNO dalam Kerajaan Perpaduan.