Terima ugutan bunuh, Baby Shima buat laporan polis

Iklan
Baby Shima membuat laporan polis selepas menerima ugutan bunuh daripada individu tidak dikenali melalui media sosial, baru-baru ini.

PENYANYI sensasi, Baby Shima menerima ugutan bunuh daripada individu tidak dikenali melalui media sosial, baru-baru ini.

Perkara itu didedahkan sendiri oleh Baby Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli, 32, menerusi akaun Instagramnya bersama tangkap layar komen ugutan tersebut, dipercayai daripada individu berasal dari Sarawak.

Iklan
Iklan

"Lagi kamu masuk Sarawak! Musuh kamu sekarang sudah sasarkan kamu! Jangan pulang ke Semenanjung sebagai mayat saja, faham! Jaga diri, Baby Shima,” tulis komen tersebut.

Tidak berdiam diri, penyanyi yang baru sahaja tampil dengan single Bujang Sarawak itu telah membuat laporan polis.

Iklan

"Shima baru menerima satu ugutan bunuh daripada orang Sarawak. Mohon kerjasama @polis_sarawak dan Polis Diraja Malaysia.

"Sekarang Shima sudah pergi ke balai polis,” jelasnya.

Iklan

Anak kelahiran Masai, Johor itu turut berkongsi beberapa foto dipercayai milik individu yang membuat ugutan kepadanya.