Nahas bas di Norway: Dua rakyat Malaysia selamat, sihat

Iklan
Dua rakyat Malaysia yang cedera ringan dalam nahas bas di Norway minggu lalu dikategorikan sebagai kes tanpa kecederaan oleh pihak berkuasa dan berada dalam keadaan sihat.

PUTRAJAYA - Dua rakyat Malaysia yang cedera ringan dalam nahas bas di Norway minggu lalu dikategorikan sebagai kes tanpa kecederaan oleh pihak berkuasa dan berada dalam keadaan sihat.

Kementerian Luar Negeri (KLN) menerusi kenyataan memaklumkan mereka juga telah meneruskan perjalanan di negara tersebut tanpa sebarang komplikasi lanjut.

Iklan
Iklan

"Kedutaan Besar Malaysia di Stockholm telah berjaya menghubungi dua warga Malaysia yang terlibat dalam kemalangan bas berhampiran Tasik Åsvatnet, pada Khamis minggu lalu.

"Kedua-dua individu tersebut mengalami kecederaan ringan, telah dikategorikan sebagai kes tanpa kecederaan oleh pihak berkuasa," katanya pada Selasa.

Iklan

Ujar KLN, laporan awal yang menyatakan terdapat empat orang warga Malaysia yang terlibat dalam kemalangan tersebut adalah disebabkan salah faham.

Ia berikutan dua lagi warga Malaysia kebetulan berada di hotel yang sama.

Iklan

"Kedua-dua warganegara ini telah disahkan tidak terlibat dalam insiden berkenaan," jelas kementerian itu.

Dalam insiden tersebut, angin kencang dan cuaca buruk menyebabkan sebuah bas membawa 58 penumpang hilang kawalan sebelum terbabas menjunam ke dalam Tasik Åsvatnet dan mengorbankan tiga nyawa selain empat parah.

Dalam pada itu, KLN turut menzahirkan ucapan penghargaan kepada pihak berkuasa tempatan di Norway atas tindakan pantas dan bantuan yang amat bermakna kepada penumpang Malaysia yang terlibat.