Perluas kempen, pendidikan rasuah dalam kanak-kanak

Iklan
Sebelum ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki dilapor berkata, suruhanjaya itu akan melaksanakan transformasi struktur melalui penambahbaikan pendekatan kerja, selain memperkukuhkan fungsi dan peranan setiap bahagian agar lebih efektif dalam melaksanakan tugas.

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu aktif memperluaskan kempen dan pendidikan berkaitan rasuah serta salah guna kuasa di peringkat akar umbi khususnya dalam kalangan kanak-kanak.

Ahli Majlis Tertinggi Rasuah Busters Kedah, Mohd Syahir Ismail berkata, perkara itu adalah langkah paling strategik untuk memastikan pembentukan generasi yang berintegriti dan menentang segala bentuk jenayah tersebut sejak dari usia muda.

Iklan
Iklan
Mohd Syahir Ismail.

"Mereka perlu faham dan mempunyai kesedaran tentang bahaya rasuah walaupun mungkin mengambil masa yang lama untuk membina generasi ini.

"Walaupun begitu, saya berharap satu hari nanti jenayah tersebut dapat dibanteras sepenuhnya sekali gus tiada lagi pemberi serta penerima rasuah,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Iklan

Sebelum ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki dilapor berkata, suruhanjaya itu akan melaksanakan transformasi struktur melalui penambahbaikan pendekatan kerja, selain memperkukuhkan fungsi dan peranan setiap bahagian agar lebih efektif dalam melaksanakan tugas.

Katanya, langkah itu bertujuan membantu pertumbuhan ekonomi negara, mengurangkan ketirisan serta mengembalikan aset wang negara yang telah diselewengkan.

Iklan

Dalam pada itu, Mohd Syahir berkata, inisiatif tersebut perlu disokong oleh setiap orang kerana ia merupakan peluang terbaik untuk membasmi rasuah secara besar-besaran.

"Bukan itu sahaja, SPRM juga wajar meningkatkan latihan dan melakukan tapisan rekrut pegawai berintegriti atau amanah, mewujudkan suasana serta persekitaran kerja positif termasuk insentif setimpal dengan tugasan mencabar yang mereka hadapi.

"Mereka (SPRM) sudah mengorak langkah ke hadapan dan semakin baik peranannya dalam usaha membanteras jenayah ini. Oleh itu, sebagai badan pencegah rasuah utama dalam negara, mereka perlu kekal berintegriti agar dapat dilihat yakin oleh setiap masyarakat,” ujarnya.