Pengurus syarikat logistik tidak mengaku salah memandu mabuk

Iklan
Tertuduh, A Subramaniam (tengah) membuat pengakuan tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurul Azuin Mohd Talhah.

SEREMBAN - Pengurus syarikat logistik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, pada Selasa atas pertuduhan memandu dalam keadaan mabuk, Sabtu lalu.

Tertuduh A Subramaniam, 47, membuat pengakuan berkenaan sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurul Azuin Mohd Talhah.

Iklan
Iklan

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh sebagai pemandu kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Ranger telah memandu kenderaan tersebut dalam keadaan yang tidak normal dan didapati tidak mempunyai keupayaan fizikal untuk memandu kenderaan itu dalam keadaan yang mabuk kerana dipengaruhi alkohol.

Tertuduh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Selasa atas pertuduhan memandu dalam keadaan mabuk pada Sabtu lalu.

Perbuatan itu dilakukan tertuduh pada 28 Disember lalu jam lebih kurang 10.46 malam di Jalan Kayu Ara dalam daerah Seremban.

Iklan

Oleh demikian tertuduh telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 44 (1A) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 (Akta 333/87) dan boleh dihukum di bawah seksyen yang sama.

Jika sabit kesalahan tertuduh boleh dihukum penjara selama tempoh tidak kurang daripada tujuh tahun dan tidak lebih daripada 10 tahun dan denda tidak kurang daripada RM30,000 dan tidak lebih daripada RM50,000.

Iklan

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Norshafatihah Nor Azmi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin dan sebutan semula kes pada 23 Januari depan.