Kerajaan jamin bantuan, kerja pemulihan banjir terus dijalankan - PM

Iklan
Tangkap layar Anwar sempena Ucapan Amanat Tahun Baharu menerusi siaran langsung di media sosial pada Selasa.

SHAH ALAM - Kerajaan memberi jaminan bahawa segala usaha bantuan dan kerja pemulihan banjir terus dijalankan di semua negeri secepat mungkin.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tindakan tersebut diurus menerusi semua agensi kerajaan Pusat dan Persekutuan dengan kerjasama jentera negeri serta tempatan.

Iklan
Iklan

"Operasi kesiapsiagaan sejak awal telah dirangka secara mampan agar dapat mengelak dari dampak yang buruk dari musibah tersebut.

"Insya-ALLAH, kita akan mampu mengharungi dan melindungi lebih banyak nyawa dari terkorban atau harta benda yang rosak,” katanya dalam Ucapan Amanat Tahun Baharu menerusi siaran langsung di media sosial pada Selasa.

Iklan

Menurut beliau, kerajaan juga memberi tumpuan kepada usaha pembinaan projek tebatan banjir bagi mengurangkan risiko bencana berkenaan kepada rakyat.

"Selain daripada memberikan tumpuan kepada prasarana asas seperti jalan raya, lebuh raya dan bekalan, adalah dengan meneruskan projek tebatan banjir di kawasan-kawasan berisiko tinggi walaupun akan memberikan kesan serta dampak perbelanjaan yang tinggi

Iklan

"Keadaan ekonomi semasa kita harus tangani dengan bijak kerana ia juga melibatkan apa yang belum diduga, yang berlaku separah ini iaitu musibah banjir yang berlaku mutakhir ini,” ujarnya.