Haniff Khatri saman kerajaan, Menteri Kesihatan isu larangan merokok di pejabat swasta

Iklan
Mohamed Haniff Khatri Abdulla'

SHAH ALAM - Peguam, Mohamed Haniff Khatri Abdulla' memfailkan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung larangan merokok di kawasan pejabat termasuk milik swasta yang dibuat kerajaan menerusi Kementerian Kesihatan, yang bakal diguna pakai mulai 1 Januari 2025.

Berikutan itu, Mohamed Haniff Khatri menamakan Kerajaan Malaysia dan Menteri Kesihatan sebagai defendan pertama dan kedua dalam samannya yang difailkan secara atas talian, pada Selasa.

Iklan
Iklan

Mohamed Haniff Khatri berkata, permohonan itu dibuat atas kapasiti peribadi dan tujuan beliau berbuat demikian ialah pejabatnya adalah milikan tunggal.

"Saya juga sudah memberi peluang kepada semua pihak termasuk pekerja saya sama ada mereka mahu terus berkhidmat atau jika mereka tidak bersetuju mereka boleh berhenti dan saya akan memberikan mereka sejumlah pampasan.

Iklan
Mohamed Haniff Khatri menamakan Kerajaan Malaysia dan Menteri Kesihatan sebagai defendan pertama dan kedua dalam samannya yang difailkan secara atas talian, pada Selasa.

"Saya juga sudah memaklumkan kepada anak guam bahawa mereka boleh datang ke sini dan ambil semula fail kes masing-masing jika mereka tidak suka berurusan dengan peguam yang menghisap rokok di pejabat.

"Ketiga, saya juga sudah meletakkan notis di luar pejabat sejak Oktober lalu memaklumkan bahawa sesiapa tidak suka berurusan dengan peguam merokok mereka tidak perlu ke sini kerana ini adalah kawasan merokok," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Iklan

Mengulas lanjut, Mohamed Haniff Khatri berkata, beliau juga telah menghantar surat kepada Menteri Kesihatan pada 29 November 2025 untuk meminta beliau mengecualikan pejabatnya daripada perintah larangan terbabit.

Ini kerana, beliau adalah seorang perokok tegar dan dia berharap orang lain tidak mengganggu hidupnya.

"Saya juga tidak paksa pekerja dan anak guam saya untuk mengambil asap rokok. Malah, perbuatan merokok adalah masih sah dan halal mengikut undang-undang sivil sedia ada di Malaysia sekarang.

"Jadi janganlah menjadi amalan merokok di tempat kerja dan ruang peribadi saya adalah haram di sisi undang-undang.

Justeru itu saya akan failkan semakan kehakiman malam ini walaupun sudah agak lewat," jelasnya.

Malah, Mohamed Haniff Khatri berkata, beliau juga pernah mencabar perintah dan larangan merokok di kedai makan dan restoran dikeluarkan oleh KKM, sebelum ini.

"Kita juga jangan lupa bahawa sebelum ini kerajaan terpaksa menarik balik peruntukan melarang orang lahir selepas tahun 2017 daripada merokok atau lebih dikenali sebagai Rang Undang-undang (RUU) Generasi Penamat Rokok (GEG) selepas menerima nasihat Peguam Negara.

"Peguam Negara memberi nasihat sedemikian kerana remaja berkenaan sudah lahir sebelum RUU GEG digubal dan dibentangkan ke Parlimen pada 2022.

"Jadi isunya sekarang saya sudah dibenarkan menghisap rokok sejak saya mula merokok pada 1986. Justeru itu sekarang kenapa KKM mahu menghalang saya merokok di kawasan peribadi dan saya tidak mengganggu orang lain," katanya.

Menurut beliau, KKM sudah menjawab surat yang dihantarnya sebelum ini, namun menolak permohonan berkenaan.

Jelasnya, alasan yang diberikan ialah tiada peruntukan membenarkan pemberian pengecualian.

"Jadi sebab itulah saya failkan semakan kehakiman hari ini," katanya.