Resit bukan sampah

Iklan
Resit yang dikumpul Anis dan direkodkan dengan teliti untuk memudahkan urusan di masa depan. Kredit foto Anis Hafiza

PUTRAJAYA - Sekeping resit perbelanjaan mungkin dianggap sampah oleh ramai dalam kalangan kita, namun tidak bagi pengguna media sosial, Anis Hafiza Ali.

Menurutnya, setiap resit perbelanjaan sama ada fizikal dan dalam talian akan disimpan rapi untuk direkodkan.

Iklan
Iklan

Berkongsi perkara tersebut Anis berkata, ia menjadi rutin beliau sejak tujuh tahun lalu.

"Kelebihan menyimpan resit ini antaranya jika berlaku pencerobohan, nilai barangan yang hilang dapat dikenal pasti.

Iklan

"Selain itu jika berlaku penceraian, resit berkenaan boleh dikemukakan sewaktu membuat tuntutan di mahkamah," katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, setiap resit perbelanjaan dibuat salinan manakala resit asal di tampal di bahagian belakang.

Iklan

Fail resit diasingkan mengikut kategori seperti resit perabot, utiliti, barangan elektrik, petrol, keperluan peribadi dan sebagainya selain menyediakan kotak simpanan khas untuk kad waranti.

"Hujung tahun ini (boleh) pengsan tahu jumlah keseluruhan.

"Semasa pindah rumah setahun lalu, saya habis RM101,041.88. Jadi bila masuk tahun 2024 saya ingatkan (pembelian) peralatan perabot terhenti setakat itu, alih-alih beli lagi karpet raya, almari klasik, periuk dan sebagainya habis RM10,000 untuk tahun ini.

"Itu baru dikira perabot dan peralatan," katanya.