Pemeriksaan mengejut elak ketidaktelusan dalam Puspakom

Iklan
JPJ digesa melakukan pemeriksaan mengejut secara berkala ke atas semua cawangan Puspakom bagi mengelakkan ketidaktelusan dalam kalangan kakitangan syarikat berkenaan.

SHAH ALAM - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) digesa melakukan pemeriksaan mengejut secara berkala ke atas semua cawangan Puspakom bagi mengelakkan ketidaktelusan dalam kalangan kakitangan syarikat berkenaan.

Profesor Pusat Kajian Psikologi dan Kesejahteraan Manusia Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Dr Rozmi Ismail berkata, sekiranya pemeriksaan hanya dilakukan ketika terdapat kemalangan besar yang menggemparkan negara, masalah berkenaan tidak akan selesai.

Katanya, anggota JPJ juga boleh melakukan penyamaran untuk mengenal pasti kakitangan Puspakom yang bertindak di luar integriti.

"Pihak JPJ kena buat pemeriksaan berkala tak boleh buat bila ada kes sahaja.

Iklan
Iklan

"Tindakan sewajarnya juga perlu dikenakan kepada kakitangan yang terlibat sebab ia melibatkan nyawa,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Menurutnya, sekiranya isu integriti di Puspakom tidak dititikberatkan sistem pengangkutan di negara ini akan hancur.

Iklan

"Kita tak nak bertoleransi sebab ia melibatkan keselamatan pengguna jalan raya kerana pemandu lori ini bawa beban yang berat seperti besi, kayu dan simen yang sangat membahayakan,” ujarnya.

Dalam pada itu Rozmi mendakwa, beliau difahamkan terdapat syarikat kenderaan berat yang menjalankan perniagaan sampingan dengan menawarkan tayar dan barangan tertentu untuk disewa.

"Mereka sewakan barang yang akan diperiksa oleh Puspakom, jadi semasa pemeriksaan itu memang lulus, kemudian balik ke bengkel mereka pasang semula yang asal,” katanya.

Iklan