Kisah hangat yang menjadi perhatian

Iklan
Sebanyak 727 barangan milik Datuk Vida termasuk empat buah kenderaan disita selepas beliau gagal melangsaikan hutang berjumlah RM1,060,285 kepada syarikat kontraktor pembinaan, Ah Design Communication sejak tahun 2018.

TAHUN 2024 menyaksikan beberapa kisah hangat dalam industri hiburan melibatkan artis tempatan.

Berikut antara kontroversi yang menjadi perhatian bukan sahaja media, tetapi juga warga maya.

Iklan
Iklan

12 Januari

Suria FM tamatkan khidmat Tyzo

Iklan

Selepas lapan tahun bersama stesen radio Suria FM, khidmat Tyzo sebagai penyampai bagi segmen Suria Petang di stesen radio berkenaan berakhir. Bagaimanapun, perkara itu tidak terhenti di situ sahaja apabila Tyzo atau nama sebenarnya Tuah Zolqarnain Idris meluahkan rasa tidak puas hati apabila kontraknya ditamatkan tanpa kerelaan.

9 Mac

Iklan
Pelakon, Aliff Aziz dan Ruhainies ditahan atas dakwaan berkhalwat di sebuah kondominium mewah di ibu negara dan kes mereka masih berjalan di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.

Aliff Aziz, Ruhainies ditangkap khalwat

Pelakon, Aliff Aziz dan Ruhainies ditahan atas dakwaan berkhalwat di sebuah kondominium mewah di ibu negara dan kes mereka masih berjalan di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.

15 Jun

Nama pendakwah Ustaz Don atau nama sebenarnya, Don Daniyal Don Biyajid, 40, hangat diperkatakan selepas mengupas sesuatu isu tanpa sanad atau sumber dan didakwa tidak mempunyai kepakaran dalam pengajian hadis. Akibatnya, beliau digugurkan sebagai pengacara Salam Baitullah di RTM dan tauliah mengajar di Selangor turut ditarik balik.

Ustaz Don bikin panas

25 November

Barangan Datuk Seri Vida disita

Sebanyak 727 barangan milik usahawan kosmetik Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Vida termasuk empat buah kenderaan disita selepas beliau gagal melangsaikan hutang berjumlah RM1,060,285 kepada syarikat kontraktor pembinaan, Ah Design Communication sejak tahun 2018.

2 Disember

Bekas peragawati dan pelakon, Zahnita mengejutkan ramai apabila mendedahkan wajahnya yang lebam di bahagian mata, sekali gus mendedahkan rahsia besar yang disimpan iaitu menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

Zahnita dedah jadi mangsa keganasan

Bekas peragawati dan pelakon, Zahnita mengejutkan ramai apabila mendedahkan wajahnya yang lebam di bahagian mata, sekali gus mendedahkan rahsia besar yang disimpan iaitu menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

10 Disember

Mara bertindak menyerbu kediaman Che Ta di Kota Damansara bagi tujuan penyitaan selepas selebriti berusia 51 tahun itu gagal menjelaskan pinjaman bernilai hampir RM1 juta.

Hutang RM1 juta: Mara serbu rumah Che Ta

Majlis Amanah Rakyat (Mara) bertindak menyerbu kediaman aktres, Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta di Kota Damansara bagi tujuan penyitaan selepas selebriti berusia 51 tahun itu gagal menjelaskan pinjaman bernilai hampir RM1 juta. Difahamkan pelbagai barangan rumah termasuk sebuah kereta milik Che Ta telah disita, bagaimanapun proses lelongan pada 23 Disember lalu ditunda pada satu tarikh yang belum dipastikan.