Platform mana mohon lesen lepas Telegram, WeChat?
Iklan
SHAH ALAM - Mulai hari ini sejarah baharu tercatat apabila kerajaan mula menguatkuasakan peraturan mewajibkan semua pengendali media sosial dan permesejan internet yang mempunyai lebih 8 juta pengguna seperti Facebook, Instagram, Telegram, WhatsApp, TikTok, X dan WeChat dilesenkan seperti ditetapkan mengikut pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Mengikut garis panduan baharu itu, mana-mana platform yang gagal memperoleh lesen selepas tarikh tersebut boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 126 akta yang sama.