Perjalanan Najib masih berliku
Iklan
SHAH ALAM - Biarpun ada ruang kemungkinan Mahkamah Rayuan pada 6 Januari 2025 mengesahkan Titah Adendum wujud, namun senario itu bukan tiket bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta-merta dibenarkan meneruskan baki hukuman penjara di rumah.
Sebaliknya, pakar perlembagaan, Profesor Madya Datuk Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Husain menjelaskan mahkamah bukan sahaja perlu berpuas hati dengan keterangan wujudnya Titah Adendum dan kandungannya yang memperkenankan perintah tahanan di rumah.