NEW DELHI - Seorang lelaki yang terdesak mahu anak dilaporkan meninggal dunia selepas menelan anak ayam hidup-hidup yang percaya ia dapat menyembuhkan penyakit ketidaksuburan.
Lelaki tersebut, Anand Yadav, 35, dari kampung Chhindkalo di daerah Ambikapur di Chhattisgarh, telah mencuba berbagai cara untuk merawat ketidaksuburan dia dan isterinya, meninggal dunia akibat tercekik anak ayam tersebut.
Selepas menelan anak ayam itu, Yadav dikatakan mengalami pening kepala serta rebah dirumahnya dan selepas dibawa ke hospital, dia disahkan meninggal dunia.
Semasa bedah siasat dibuat, doktor tidak menemui punca kematiannya, namun selepas mereka membelah kerongkongnya, seekor anak ayam masih hidup berukuran 20 sentimeter dijumpai tersepit dalam dalamnya.
Doktor yang menjalankan bedah siasat, membuat spekulasi bahawa anak ayam itu telah menghalang saluran pernafasan dan saluran makanan Yadav sehingga membuatnya tidak boleh bernafas.
"Ini adalah kali pertama saya berdepan kes sedemikian dalam kerjaya saya selama ni yang menjalankan lebih 15,000 bedah siasat. Penemuan itu mengejutkan kami semua,” kata Santu Bag.
Sementara itu, penduduk kampung tempatan membuat spekulasi bahawa kepercayaan karut mungkin telah menyebabkan Yadav menelan anak ayam hidup itu.
Yadav dan isterinya telah berkahwin selama bertahun-tahun dan belum dikurniakan anak, jadi dalam keadaan terdesak untuk menjadi seorang bapa, lelaki itu mencuba kepercayaan 'tantrik' bagi mendapatkan bantuan kuasa ghaib.
Adalah dipercayai bahawa di bawah bimbingan seorang tantrik, Yadav menelan anak ayam itu sebagai sebahagian daripada kaedah kesuburan, yang secara tragis menyebabkan kematiannya.
Kes itu kini dalam siasatan polis dan keluarga Yadav belum mengulas lanjut. - Agensi