Azam, Januari dan scammer
Iklan
INI kisah benar. Ia berlaku pada Boxing Day 2018. Bagi yang mengharap maklumat disogok ke tenggorok sebab malas hendak mencarinya sendiri walaupun ia berada di hujung jari, saya tidak berminat untuk memberitahu apakah Boxing Day dan kenapa ia dinamakan demikian.
"Tahun depan saya nak berubah bos. Itu azam baharu saya. Cukup-cukuplah hidup macam yang lepas-lepas. Saya hendak tinggalkan semua perangai buruk saya. Saya nak jadi baik. Nak kembali solat yang dah lama sangat saya tinggalkan.”