Masih ramai penunggang motosikal tiada lesen memandu

Iklan
Anggota penguat kuasa JPJ melakukan pemeriksaan terhadap penunggang motosikal dalam Operasi Ambang Tahun Baharu 2025 di Butterworth pada Selasa.

BUTTERWORTH - Tiada lesen memandu merupakan kesalahan tertinggi direkodkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang menerusi operasi motosikal yang dilakukan sepanjang tahun lalu.

Pengarah JPJ negeri, Zulkifly Ismail berkata, sebanyak 12,670 kesalahan itu berjaya dikesan dalam tempoh Januari hingga Disember 2024.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kesalahan kedua tertinggi yang direkodkan pula melibatkan kes cukai jalan tamat tempoh (8,856) dan diikuti kesalahan tiada perlindungan insurans (8,123).

Beliau berkata, antara kesalahan lain yang menjadi tumpuan seperti melanggar Isyarat Lalulintas (lampu merah), melakukan modifikasi keterlaluan, lumba haram dan tidak memakai topi keledar.

Iklan

"Penguatkuasaan secara berfokus dilaksanakan dengan tumpuan utama memantau, mengesan dan mengambil tindakan terhadap kelakuan penunggang atau pemilik motosikal yang gagal mematuhi peraturan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) dan Kaedah-kaedah di bawahnya," katanya kepada pemberita selepas meninjau Operasi Khas Motosikal 2024 yang diadakan pada malam Selasa.

Anggota penguat kuasa JPJ melakukan pemeriksaan terhadap penunggang motosikal dalam Operasi Ambang Tahun Baharu 2025 di Butterworth pada Selasa.

Zulkifly berkata, operasi bermula jam 8.30 malam hingga 3 pagi itu turut dikenali sebagai Operasi Ambang Tahun Baru 2025 yang dijalankan serentak di seluruh negara dengan tujuan untuk meningkatkan tahap keselamatan jalan raya serta meminimumkan risiko kemalangan yang melibatkan motosikal, terutama pada musim cuti sempena perayaan Tahun Baru 2025.

Iklan

Mengulas lanjut, beliau berkata, hasil dari penguatkuasaan sepanjang tahun 2024, JPJ Pulau Pinang telah memeriksa sebanyak 114,933 motosikal dan 24,588 daripadanya telah diambil tindakan.

Katanya, sebanyak 44,590 saman juga telah dikeluarkan dalam tempoh sama selain menyita 778 buah motosikal atas pelbagai kesalahan.

"Operasi ini merupakan inisiatif proaktif berterusan untuk memastikan pematuhan undang-undang lalu lintas dan meningkatkankeselamatan jalan raya, khususnya di kalangan penunggang motosikal di negeri ini.

Penguatkuasaan yang tegas akan dikenakan terhadap penunggang serta pemilik kenderaan yang melanggar peraturan bagi memastikan disiplin di jalan raya dipatuhi dengan lebih ketat dan berkesan," tambahnya lagi.